Khamis, 2 Disember 2010

~Secangkir Nescafe 2~



sambungan daripada episod yang lalu (cewahh :p)


ok...itu semua kisah waktu kecilku
skrang kita masuk pula kisah mengenai zaman remajaku (macamla skrang da dewasa hehe)
dulu pas habis upsr..aq harapkan sangat untuk masuk SMA Raja Dr Nazrin Shah..
yela..memang dari kecil berminat untuk masuk sekolah agama pun..
makanya selepas exam upsr aq terus isi borang (mak yg isi sebenarnya hehe) pendaftaran ker sekolah tu..
untuk masuk ke sekolah seperti ini, ianya mesti melepasi ujian khas yg diberikan
maka aq pun mengambil peperiksaan khas tersebut untuk menentukan sama ada
layak ataupun x untuk aq kesitu..
ujiannya hanya ada 2 bahagian..
1st mengenai akademik 2nd mengenai agama..
nak diringkaskan cerita, Alhamdulillah aq dalam A dalam kedua2 bahagian tersebut..
so menantilah daku akan surat panggilan kesekolah tersebut..
akhirnya selepas hampir 2 minggu menanti abg posto pun menyerahkan sampul surat yang berisi surat kepadaku (apa punya bahasa la nie)
daku dengan penuh girang terus mengoyakkn sampul surat dan membaca isi surat tersebut
tapi malangnya...

"Tahniah diatas kejayaan saudara menduduki ujian khas yang disediakan. Namun dukacita ingin kami maklumkan bahawa kouta untuk ker Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Raja Dr Nazrin Shah telah pun penuh. Kami doakan kejayaan saudara dimasa akan datang. Terima kasih"

itu antara ayat yang aq ingatla..
yang pastinya mmg mood aq down time tu haha..
kecewa sungguh aq waktu tu.. rasa macam da xde sekolah lain yg ley aq masuk dah huhu
tp bila fikir2 balik.. kalo aq masuk ke sekolah tu.. aq mesti xkan jd seperti aq yang sekarang nie..
ntah lagi baik ker lagi teruk..
apapun ketentuan Allah itu yang terbaik..
lagipun keputusan upsr aq hanya cukup2 makan maka mmg aq rasakan aq xde kelayakan untuk ke sekolah tu..
kemudian aq diberi 2 pilihan oleh kedua orang tuaku..

"Along nak sekolah menengah kat mane pasni? Sama ada SMK Sultan Abdullah ataupun SMK Sungai Manik?"

lama aq fikir..mana 1 yang aq nak pilih sebenarnya? SMK Sultan Abdullah agak jauh dari umah tp sekolah tu punyai reputasi yang agak baik..
SMK Sungai Manik pula ramai sahabat2 aq kesitu tp apa yang aq dengar tentang sekolah tu sumenye xelok belaka..
akhirnya stelah seminggu barulah aq beri kata putus kepada ibuku..

"Mak...hantar along kat Sultan Abdullah jela"

Maka bermulalah kisahku di SMK Sultan Abdullah, (Semasa) Chenderong Balai,
Teluk Intan, Perak hehe
ingat lagi aq betapa terujanya aq memakai pakaian sekolah menengah buat pertama kalinya
dengan penuh bangga daku memulakan langkah kesekolah haha
di Semasa inilah segalanya mengenai diriku tercipta
disinilah daku dibentuk..
banyak pengalaman pahit manis yang aq tempuhi disini..
daripada form 1 hingga form 4 aq membesar disini..
disinilah aq diajar untuk menjadi insan yang berguna pd keluarga juga masyarakat
huhu~
waktu form 1 dulu aq agak slow ckit..
yela..masih baru nak mengenali dunia menengah bagaimana..
naik form 2 selepas aq mula tinggal diasrama aq mulai aktif dalam persatuan pelajar..
mula memegang jawatan sebagai Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan (merangkumi Biro Agama) Asramasekaligus menjadi ahli asrama termuda diberi kepercayaan untuk pegang amanah ini..
daku kekal memegang jawatan ini sehingga hari terakhirku di asrama juga di Semasa..
sewaktu form 2 juga aq diberi amanah oleh cikgu untuk menjadi
Ahli Pengawas Pusat Sumber Sekolah..
haha..pastu tiap2 hari keje aq g library jela susun buku..
ramai kawan2 yang menolak apabila ditawarkan jawatan ini..
namun daku punyai prinsip, jangan meminta sesuatu jawatan tapi jika diberi terimalah dengan hati yang terbuka untuk memikul amanah
time tu pulak aq memang hantu buku (bukan ulat buku hehe) pun..
so seronokla dapat baca buku banyak2..
duduk di library pun selepas kemas n susun buku aq dah xpunyai apa kerja untuk dibuat..
maka novel2 baru yang sampai di library aq lah yang jd perasminya hehe

di form 2 juga buat pertama kalinya dalam sejarah hidup ini aq berkapel..
tp rasanya xdela serius pun..
besela budak2 kapel..mane tau nak serius ker x hehe
nak tau yang bestnye time nie ape?
yang bestnye cara aq dengan si'dia' tu contact..
selalu pakai orang tengah
dia ni la jugak yang baik hati sangat jd posmen xbergaji hahah
berkirim2 surat la kami time tu(yela..duk ostel xley pakai hp)
yang pasti setiap kali aq bukak surat tu mesti penuh seluar aq dengan bedak haha
ada ker patut si'dia' letak bedak dalam surat tu..
kununnye nak bg wangi tp wat kotor seluar aq jer haha
memori yang agak best untuk dikenang..
tp peristiwa yg lagi best ialah bila surat tu jatuh ketangan warden ar..
punya malu aq waktu tu tp naseb baik warden professional xnak malukan aq cam dak2 lain
hahaha..jd terpaksalah menghadap tuanku sultan selama hampir 3 jam dengar ceramah..
aq akui salah aq jugak time tu..
pastu aq insaf dan kembali kepangkal jalan (poyo jer ayat hehe)
hmmm.. sampai sekarang aq lost contact dengan si'dia' tu..
ntah apa jadi kat dia aq pun xtau huhu..

time form 3 lak baru aq rasakan senioriti aq di hostel
yela time nie da ada yang panggil abg haha (adalah diwajibkan semua junior memanggil senior dengan gelaran abg..jika tidak mereka akan di'ajar' bagaimana untuk menghormati senior)
itu yang best duduk ostel.. senior punyai autoriti dalam pemerintahan haha..
cuma jangan salah guna jela huhu..
sikap aq di hostel begini.. dengan sapa2 pun.. aq lebih suka menggunakan
pendekatan diplomatik berbanding kawan2 aq lain
sebab tu junior lebih rpat dengan aq time tu huhu
haha..itu sedikit kisah di hostel..
sewaktu form 3 aq kerap pergi kem2 luar..
biasanya mewakili asrama ataupun persatuan..
takat yang paling tinggi aq pergi ialah peringkat negeri
n aq selalu dipilih menjadi penghulu dalam kem2 tu hehe
sebab tu kalau aq pergi ke sekolah2 sekitar daerah hilir perak mesti ada jer mereka yang memanggilku 'penghulu' haha..
diorang kata kenal aq tp aq ciki pun xingat sal diorang..
sekarang kat dalam fb pun same..
ramai2 frenz aq dalam tu xramai sebenarnya yg aq kenal..
mereka yg kenal aq adalah..
haha..sebab tu aq suka pegi kem..
sebab boleh dapat ramai kawan..
lagipun bak kata orang tua2
"jauh perjalanan luas permandangan"
betapa aq sokong ayat nie
semakin jauh kita merantau.. semakin banyak ragam manusia yang kita akan jumpa
dan waktu tu la kita boleh uji kemampuan kita
sama ada kita mampu membiasakan diri dengan keadaan sekeliling mahupun x huhu

time form 4 merupakan 1 masa yang agak penting dalam hidupku..
waktu nie aq mmg dah pegang banyak jawatan penting disekolah
aq xlagi jadi pengawas perpustakaan sebab aq dah dilantik sebagai pengawas sekolah dan terus diberi jawatan sebagai exco agama sekolah
(heran gak aq..nape la aq jer diberi jawatan hal ehwal agama sekolah/asrama.. budak rancangan khas agama ramai xnak lak lantik diorang huhu)
pastu aq jadi pengerusi bulan sabit merah sekolah
ha~! inilah yang paling aq nantikan sebenarnya hehe..
disebabkan jawatan inilah aq terpilih sebagai diantara pengerusi bulan sabit merah sekolah2 yang mewakili kemSUKBEL Peringkat Asia/ Asia Tenggara di Kedah..
Alhamdulillah.. adalah jugak sijil peringkat Asia n Kebangsaan aq huhu
waktu form 4 jugak aq mewakili sekolah dan asrama dalam bahas ala parlimen..
namun malangnye penyertaanku xpernah melepasi peringkat daerah pun dalam bahas
nak wat camner.. xde rezeki..
tp xmengapalah...sekurang2nya aq sudah ada apa yg aq inginkan..
Sijil Peringkat Kebangsaan hehe
so selepas itu baru aq mula slow join aktiviti camping sekolah..

akhirnya.. selepas hampir 4 tahun aq di SMKSA..
aq terpaksa berpindah ker sekolah lain atas sebab family aq berpindah ke Ipoh dan atas sebab2 tertentu juga...




inilah sekolah yg menjadi pilihanku di Ipoh
tp nak masuk sekolah nie perlukan kelayakan2 tertentu..
terutama dalam bidang sukan..
tp alhamdulillah... sewaktu mendaftar di sekolah tu aq xperoleh banyak rintangan..
maka aq pun meneruskan pengajian aq di Anderson..
masih kekal sebagai pengawas di Anderson..itulah perkara yang paling aq bersyukur..
sekurang2nya aq masih punyai jawatan terakhir sebelum aq habis SPM hehe..
dalam banyak2 sekolah aq..
Anderson lah sekolah yang paling aq kagumi..
mungkin disebabkan sejarahnya sejak 100tahun dulu hingga kini
dari Anderson lahirnya insan2 hebat negara antaranya ialah

Bekas Menteri Besar Perak
Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali

Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Datuk Azmi Khalid

Bekas Ketua Polis Negara
Tan Sri Mohd bakri Omar

Bekas Panglima Tentera Malaysia
Tan Sri Zahidi Zainuddin

Bekas Setiausaha Kerajaan
Tan Seri Ahmad Sarji Abd Hamid

Bekas Menteri Kewangan
Tengku Razaleigh Hamzah

Kartunis Terkenal
Datuk Lat

juga ramai lagi hehe...
mereka inilah kami Andersonians amat banggakan...
dan kami memang dipupuk untuk membanggakan sekolah (semangat nasionalis nie hehe)
sebab tu kadang ada student yang suka perlekehkan sekolah lain
n sekolah yg paling teruk kene pangkah oleh Andersonians ialah Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator
(sebelah Anderson jek)
aq sampai sekarang xtau asal la diorang nie duk marah sangat dengan student sekolah seberang jalan tu haha
tp memang selalu berlaku provokasi antara student 2 sekolah nie
yang aq dengar time dulu2 lagi teruk
sekarang nie kira slow ar cikit...
macam2..
tp apapun aq berbangga dapat menjadi sebahagian daripada warga Anderson


yeah...sekarang masuk pulak kisah aq di International Islamic College
college under International Islamic Unversity Malaysia
al-kisahnye bermula begini...
selepas SPM.. aq lebih merancang untuk masuk Kolej Islam Darul Ridzuan
kolej kerajaan negeri Perak..
aq dah pegi survey dah pun kolejnye kat Bukit Chandan, Kuala Kangsar tu..
besar n lawa... seriously memang lawa kolej tu..
tp ntahla.. xtau camner ley tergerak hati nak masuk International Islamic College nie..
last minit lak tu aq bagi keputusan kat parents aq..
pagi nie bg keputusan..petang tu g shopping beli baju n apa2 barang yang perlu
besoknye terus berangkat ke Kuala Lumpur..
ekspres bukan? hahahahaha~
tp itulah yang aq wat..
dah hampir 5 bulan aq disini...
minggu depan dah sem-3 dah aq di IIC..
memang banyak pengalaman yang aq peroleh disini..
dengan abg2 senior yang memang rapat dengan aq
aq totally seronokla kat sini haha..
Alhamdulillah..
meskipun aq ambil kos Dip in Contemporary Islamic Sciences
bukan bermakna aq perlu hidup zuhud ataupun mengubah penampilan aq..
ya sebagai student agama sepatutnya aq membawa imej agama itu sendiri..
tp aq lebih berpandangan..adalah lebih mudah untuk kita berdakwah jika penampilan kita lebih kurang dengan individu yang ingin kita dakwah (tp janganla diorang pakai seluar koyak rabak pun ko nak ikut gak)
itu pada pandangan aq la.. xtaula sahabat aq terutamanya Aiman tu punye pendapat hehe

rasanya cukuplah setakat ini.. ringkas mengenai diriku..
^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...