Ahad, 11 Disember 2011

~Para Pembunuh Muslim Bosnia~!


~Para Pembunuh Muslim Bosnia~!

"Bakar otak mereka!, perintah Ratko Mladic memberikan perintah kepada pasukan tentera Serbia yang menyerbu Sarajevo, ibu negara Bosnia-Herzegovina, semasa perang antara etnik Bosnia dan Serbia, pecahan dari negara Yugoslavia yang berperang pada tahun 1992-1995."

Ratko Mladic

Jeneral Serbia itu kini meringkuk dalam tahanan penjara di Schevenigen yang dijaga ketat, setelah ditangkap pasukan komando Serbia pada hari Khamis 16 Mei 2011 yang lalu, di perkampungan bahagia utara Belgrad untuk diadili di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda.

Ratko Mladic didakwa menjadi dalang pembunuhan tidak kurang dari 8 000 lelaki dan anak penduduk Islam di Srebenica pada tahun 1995, serta melakukan jenayah perang selama perang etnik meletus di kawasan Balkan itu.

Lelaki bermata biru dan mempunyai padangan bengis itu sempat membuat permohonan agar dibicarakan di mahkamah Belgrad dan tidak diekstradisi ke The Haguw atas alasan sakit hingga tidak layak untuk dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Namun berdasarkan bukti pemeriksaan doktor, mahkamah tidak memperkenankan tuntutan Mladic dan dalam waktu beberapa jam kemudian lelaki gempal yang semakin tua itu dihantar ke The Hague dengan menaiki pesawat khas milik kerajaan Serbia.

Semasa dibicarakan di mahkamah sebagai tertuduh, mantan panglima tentera Serbia itu dengan angkuh menyebut dakwaan yang ditujukan kepadanya adalah tuduhan yang melulu, termasuk tentang pembersihan etnik, penganiayaan, pemusnahan, pembunuhan, dan tindakan yang lain. Alasan yang diberikan beliau ialah "Saya membela negara dan rakyat saya!", kata Mladic berulang-ulang dengan angkuh.


Ratko Mladic bersama dua pemimpim tertinggi Serbia, Slobodan Milosevic dan Radovan Karadzic adalah para perancang yang mencetuskan perang dan pembersihan etnik di mana tentera Serbia telah membunuh, menyeksa, merogol dan berusaha membersihkan etnik Slavia yang beragama Islam di wilayah Bosnia yang dikenali sebagai Bosniak sepanjang perang 1992-1995.

Sebelum berlaku peperangan diawal 1990an, Yugoslavia (yang ertinya Slavia selatan) merupakan negara persekutuan yang ibu negaranya ialah Belgrad dan terdiri daripada Serbia, Kroasia, Slovenia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Republik Makedonia serta dua wilayah autonomi dibawah kekuasaan Serbia iaitu Kosovo dan Vojvodina.


Serbia adalah salah satu kumpulan etnik orang-orang Slavia yang tinggal di bahagia selatan semenanjung Balkan. Jumlah orang Slavia dari etnik Serbia adalah yang paling ramai iaitu lebih 10 juta orang. Sebahagian besar mereka menganut ajaran Kristian Orthodoks dan selebihnya Katolik dan Protestan.

Berbeza dengan daerah dan etnik lain dikawasan Yougoslavia yang dikuasai oleh Kristian, orang-orang etnik Bosnia kebanyakan menganut agama Islam Sunni.


Ratko Mladic, Slobodan Milosevic dan Radovan Karadzic semuanya berasal dari etnik Serbia. Mereka menyebut apa yang mereka lakukan adalah sebagai pembalasan oleh Serbia atas umat Islam yang menguasai kawasan mereka pada zaman Turki Othmaniyah selama 500 tahun.

Kejahatan Radovan Karadzic

Radovan Karadzic sebelum ditangkap

Berbeza dengan Radozan Karadzic, presiden pertama Republik Srpska (negara yang didirikan oleh etnik Serbia dengan kawasan yang meliputi sebahagian Bosnia-Herzegovina) yang menyamarkan dirinya sedemikian rupa hingga terlihat sangat berbeza, Mladic tidak menggunakan penyamaran ketika ditangkap. Bahkan berdasarkan foto-foto yang disiarkan media, beliau dilihat berhubung secara bebas dengan orang-orang di sekelilingnya termasuk menghadiri jemputan mahlis keramaian.

Awal April 2011, isterinya Bosiljka dihadapkan ke pengadilan dengan tuduhan memiliki senjata secara haram. Ia memberi alasan bahawa senjata itu adalah milik suaminya yang dinyakini telah meninggal dunia. Di mahkamah, isteri Mladic mengatakan suaminya meninggalkan rumah sejak tahun 2001, semasa sekutunya mantan Presiden Serbia, Slobodan Milosevic ditangkap dan diekstradisi ke The Hague untuk dibicarakan.

Radovan Karadzic Ketika Ditahan

Sebelumnya pada Jun 2010, keluarga Mladic berusaha mendapatkan kepastian dari mahkamah, pengisytiharan bahawa Ratko Mladic sudah meninggal dunia. Pada tahun 2008, setelah rakan sejawatnya yang juga pengikut Kristian Orthodoks, Radovan Kardzic ditangkap, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisyaratkan bahawa Ratko Mladic adalah sasaran penangkapan seterusnya.

Namun selama beberapa tahun tidak jua ada tanda-tanda Mladic akan segera ditangkap, satu foto yang diyakini dirakam selepas tahun 2008 (sesudah Karadzic ditangkap) menjadi bukti bahawa Mladic masih bebas bersama isterinya.

Dendam Terhadap Islam

Ratko Mladic yang dilahirkan pada 12 Mac 1942 di Bozinovci, selatan Sarajevo termasuk wilayah Bosnia -Herzegovina mempunyai dendam yang sangat mendalam terhadap umat Islam. Paul Martin, wartawan BBC yang pernah mewawancara dan diajak berjalan oleh Mladic menyimpulkan bahawa perang Serbia terhadap Muslim Bosnia yang didalanginya adalah satu peperangan balas dendam.

Tentera Muslim Bosnia

Maka dibawah pimpinan Ratko Mladic, hanya dalam masa beberapa hari dari tanggal 11 Julai 1995, pasukan tentera Serbia telah membunuh tidak kurang dari 8 000 anak-anak serta lelaki dewasa di bandar Srebrenica, bandar yang ketika itu berada di bawah perlindungan tentera pengaman PBB.

Selama perang 1992-1995, tidak kurang dari 20 000 perempuan Islam termasuk anak-anak dirogol secara beramai-ramai secara terancang di kem-kem penempatan tentera. Sebahagian lain dinodai di hadapan suami dan anak-anak sebagai suatu bentuk tekanan dan penindasan.

Pembunuhan berama-ramai umat Islam Bosnia oleh penceroboh Serbia selama dua tahun setengah itu telah mencapai lebih 110 000 korban. Lebih dari 1.8 juta orang Bosniak kehilangan harta dan tempat tinggal.



Radovan Karadzic melantik Mladic sebagai pemimpin tertinggi pasukan Serbia bagi menentang Muslim Bosnia sejak awal peperang bermula.

Semasa ditanya Paul Martin siapa yang memberi arahan dan siapa yang menerima arahan antara Karadzic dan dirinya, Mladic dengan sombong berkata " Saya yang melaporkan padanya, tapi saya yang mengetuai semua pertempuran dalam peperangan ini."

Kesombongan lelaki yang sanggup melakukan tindakan kejam diluar kewarasan manusia biasa di akui oleh orang sekelilingnya.

Suatu ketika helikopternya mendarat, beliau memberi arahan kepada pihak penyelaras lalu lintas lapangan terbang supaya mengosongkan landasannya. Dia berteriak, "Ini yang bercakap Ratko Mladic, tuhan (orang) Serbia!."

Penduduk bandar Sarajevo, ibunegara Bosnia-Herzegovina yang dikepung semasa pencerobohan tentera Serbia pasti tidak akan pernah melupakan Ratko Mladic. Pembunuh umat Islam Bosnia yang memberi arahan dengan lantang, "Bakar dan hancurkan Bosnia!'.

Betapa besarnya kesengsaraan yang dihadapi Muslim Bosnia

Slobodan Milosevic sudah meninggal di dalam penjara semasa menunggu perbicaraannya di mahkamah pada tahun 2006. Radovan Karadzic sudah ditangkap dam sedang dibicarakan. Kini giliran Ratko Mladic dihadapkan ke mahkamah. Namun ianya bukan bererti trajedi dan sejarah pembunuhan umat Islam di Bosnia oleh orang-orang Serbia boleh dianggap berakhir. Pembunuhan beramai-ramai orang Islam Bosnia adalah trajedi kemanusiaan yang paling besar sejak perang dunia kedua. Orang-orang Bosniak dibunuh hanya kerana satu sebab, iaitu kerana menyakini Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah!.

Sumber: www.hidayatullah.com

* Sengaja aku ingin kongsikan kisah mengenai trajedi perang di Bosnia pad tahun 1992-1995. Semoga menjadi peringatan yang berguna kepada kita semua~ :)

Khamis, 1 Disember 2011

~Apa Itu Cinta?~

Setelah beberapa purnama menyepi akhirnya terfikir juga aku untuk meluahkan sesuatu disini. Daripada buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah baik aku gunakan untuk kongsikan sesuatu dengan rakan-rakan. Yelah.. Masa yang ada kadang dihabiskan dengan game, novel, buku-buku politik atau agama, layan adik-adik dan bermacam lagilah jadi apa salahnya melakar sesuatu dalam bentuk penulisan meskipun ideanya kurang. Kan? :)




Baiklah.. Sepertimana tajuk diatas maka aku cuba untuk tidak memesongkan ayat yang ada dari membincangkan tentangnya. Apa itu Cinta? Semestinya kita tahu menyebut perkataan cinta. Selalu meluahkannya sama ada kepada ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan atau ....... ?? (anda boleh isi sendiri ruangan kosong tersebut. Cinta terlalu kompleks untuk diterangkan. Ianya tidak terhad diantara hubungan sesama insan. Bahkan ianya turut melibatkan hubungan antara insan dan makhluk yang lain dan juga antara insan dengan penciptanya. Malah untuk menterjemahkannya pun tidaklah mudah kerana ianya berdasarkan pemahaman individu yang merasai jiwanya mempunyai cinta mahupun tidak.


Definisi cinta. Menurut kamus dewan edisi keempat ialah "Cinta bermaksud kasih sayang antara suami isteri, seorang lelaki dan seorang perempuan. Iaitu perasaan saling mengasihi." Namun aku yakin, setiap daripada kita mempunyai definisi yang berbeza mengenai cinta. Jika ditanya kepada aku apa itu cinta. Jawapku ia merupakan suatu perasaan yang tidak dapat diterjemahkan oleh tutur kata atau gerak tubuh seseorang. Jadi apa itu cinta bagiku? Hanya yang merasa tahu apa yang dimaksudkan tentangnya. :)






Cinta memerlukan pengorbanan. Dari segi jiwa, harta, ilmu dan segalanya. Ramai yang telah terkorban kerana cinta. Jika terkorbannya seseorang kerana cintakan agama, tanah air dan bangsa maka ianya bukti kecintaan yang utuh dan perlu ada didalam diri setiap insan apatah lagi yang bergelar muslim. Apakah lagi berguna lidah kita berbicara tentang cinta jika maruah agama dan tanah air dirobek?. Jadi untuk membuktikan maka perlunya pengorbanan dalam mempertahankan cinta tersebut. Pengorbanan tidak semestinya dengan senjata. Dengan melakukan perubahan dalam diri dari jahat kepada baik, baik kepada yang lebih baik maka itu juga adalah pengorbanan.



Namun apakah berbaloi pengorbanan yang dilakukan terhadap cinta sesama insan? Selalunya insan yang merasa betapa dirinya terlalu menyintai kekasihnya maka dia sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan dapat dibuktikan pengorbanan dalam meraih cinta sang kekasih. Ianya adalah pengorbanan terkeji jika dilakukan. Jika inilah apa yang dianggap cinta maka rosaklah cinta yang dikatakan suci. Apakah bilamana diri sudah diratah maka itu sahaja bukti percintaan sudah lengkap? 9bulan selepas itu dibuangnya anak ke tong sampah untuk dimakan semut api atau dicampak sahaja dari tingkat 4 flat kediaman?






Aku tidak pandai menilai cinta kerana aku cinta itu datang dari Allah. Dia memberi manusia perasaan cinta untuk mencintaiNya. Dan sedikit ihsan dariNya untuk menyayangi makhluk yang diciptakanNya. Cinta hanyalah untuk setia kepadaNya tanpa menduakanNya. Ungkapan cinta sejati sesama insan hanyalah ibarat kisah dongeng bagiku kerana tiada yang abadi didunia ini. Kisah cinta makhluk yang penuh kepincangan disana-sini. Jadi hanya Dia yang layak untuk peroleh cinta abadi. Setakat ini dahulu nukilanku. Semoga ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...