Khamis, 10 Oktober 2013

Teruskan Hidup, Tiada Menoleh

Teruskan Hidup, Tiada Menoleh

Bicara Arjuna

Last posting aku 8 Mei 2012 dan sekarang 10 Oktober 2013, dah lebih dari setahun aku x update so nampak sangat malasnya aku nak update blog ni. Bukan sebab xde perkara nak cerita tapi banyak sangat kerja dan perkara2 berbangkit. Ok, masa berjalan dan banyak sangat perkara yang berubah.. Sekarang dah hampir di akhir semester ke dua(2) latihan aku sebagai bakal penjawat awam dalam bidang Pembantu Kesihatan Awam. Kalau setahun dulu aku di kolej Islam, sekarang aku di Kolej Sains Kesihatan pulak. Teman hidup pun dah bertukar haha..

Posting ringkas je kali ni. Sekadar untuk buatkan diri berfikir lagi dan lagi. Hmm..ok,  Dua perkara dalam hidup yang berkait rapat dengan kita. Pilihan dan ujian. Hidup ini sebuah pilihan. Ya, pilihan. Kita boleh pilih untuk apa yang mahu kita jadi atau lakukan baik yang elok atau x, pilihan terbentang dihadapan kita. Cuma kita seperti x terlihat pilihan2 tersebut. Kurangnya penilaian akibat keterbatasan kita melihat pilihan yang ada lalu menyebabkan kita seringkali memilih jalan yang salah. Pilihan itu biasa diuji. Ujian adalah lumrah dalam kehidupan. Biasa terjadi dalam kehidupan insan, ujian yang mendatang terasa x tertanggung bebannya. Rasa selepas satu, datang lagi ujian yang menimpa. Bila kita diuji, apakah mampu kita berlari darinya? Apabila kita ditimpa masalah mampukah sekadar lupakan dan teruskan hidup seperti biasa? Bila kita terjatuh, apakah kita x mampu bangun kembali?

Pilihan dan ujian. Terselit hikmah disebalik setiap perkara yang terjadi. Kita sesali setiap perkara bodoh yang kita lakukan pada masa lepas. Tapi disetiap kesilapan itulah yang membuat baik buruk kita pada hari ini. Kita peroleh kedudukan pada hari ini meskipun jika difikirkan kesilapan memilih pada masa lepas x memungkinkan kita berada seperti hari ini, namun Allah x pernah putus asa untuk terus memberi kita pilihan. Kita apa adanya hari ini memang hasil dari kesilapan semalam. Cuma mungkin kali ini kita belajar dari kesilapan semalam. :)

10.30pm, Ampang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...