Ahad, 13 Februari 2011

Imam Muda Qaryah (IMQ)~ Menarik!!


2nd update untuk tahun nie..
waaa.. xtaula nape tahun nie rasa slow jer nak update blog.. padahal banyak jer cter yg nak dikongsi.. hmm.. xpela... mane yg mampu jer

berkaitan dengan tajuk diatas.. ramai yg terkejut dengar aq join Imam Muda, dengan mak pun terkejut gak..

"Imam muda yg masuk tv tu ker?!"

hahahaha... xla... ianya lebih kurang macam Imam Muda Astro tu la jugak.. tp xmasuk Astro la.. juz masuk tv AlHijrah jer huhu..
aq dengan geng serumah (Aiman, Amar n Ridhwan) dapat tawaran daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk menyertai program nie..



JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
FEDERAL TERRITORY ISLAMIC AFFAIRS DIPARTMENT
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur




Iskandar Zulqarnain Zaheruddin
Lot 965, Parit 6 6/r, Pekan Rabu,
36600 Chenderon Balai,
Teluk Intan, Perak


Tuan,

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM IMAM MUDA QARYAH (IMQ)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
akan mengadakan Program Imam Muda Qaryah (IMQ) bagi melahirkan pelapis generasi muda yang mampu menjadi imam yang berkelayakan dan berkebolehan.

3. Sehubungan dengan itu, tuan adalah ditawarkan bagi mengikuti program tersebut dan diminta untuk menghadiri sesi pendaftaran dan taklimat pada tarikh, masa, dan tempat seperti berikut;

Tarikh : 13 Februari 2011 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana Kuala Lumpur

Kerjasama dan perhatian tuan dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Sekian, wassalam.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"




..............................................................
(WAN JAAFAR BIN WAN AHMAD)
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Kariah
b.p Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


hehe.. sajer nak letak contoh surat yg aq dapat minggu lepas.. taklimatnye pagi td dan aq dah jelas mengenai perjalanan program nie.. hmm.. xsilap aq sesiapa yg berminat, anda masih boleh mendaftar di Pusat Islam (xsilap ar).. Jadi jangan lepaskan peluang berharga nie..


SYARAT2 PENYERTAAN :
•TERBUKA KEPADA WARGA KARIAH MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA BERUMUR 18 HINGGA 40 TAHUN.
•TIDAK TERLIBAT DALAM KES2 PENYALAHGUNAAN DADAH
•TIDAK DISABITKAN DENGAN MANA2 KES JENAYAH DI MAHKAMAH SYARIAH ATAU MAHKAMAH SIVIL.
•PENYERTAAN HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEN. PENGARAH KANAN (PENYELARAS PUSAT PENTADBIRAN ZON) KAWASAN KARIAH MASING2. PENGESAHAN PALSU AKAN MENGAKIBATKAN PENYERTAAN PESERTA DITOLAK SECARA AUTOMATIK.
•PESERTA YANG BERMASTAUTIN DI PUTRAJAYA BOLEH MENDAPATKAN PENGESAHAN DARI PEN. PENGARAH, BAHAGIAN PENGURUSAN KARIAH, CAWANGAN PUTRAJAYA.
•TARIKH TUTUP : 1 JANUARI 2011
•UNTUK MENDAPATKAN BORANG PENYERTAAN DAN MAKLUMAT LANJUT, SILA BERHUBUNG DENGAN IMAM DI MASJID KARIAH MASING2.
•HADIAH :
–PEMENANG TEMPAT PERTAMA :
•WANG TUNAI RM 20,000.00
•PAKEJ UMRAH
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN
–PEMENANG TEMPAT KEDUA :
•WANG TUNAI RM 15,000.00
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN

–HADIAH TEMPAT KETIGA :
•WANG TUNAI RM 10,000.00
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN

–HADIAH SAGUHATI :
•WANG TUNAI RM 1,000.00
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN
–SETIAP PESERTA AKAN MENDAPAT SIJIL PENYERTAAN

k la... itu jer wat masa nie.. ;-)

Jumaat, 21 Januari 2011

Bi Taufiq wan Najah fil Imtihan..

Lama dah x update blog nie..
Kesibukkan dunia buatku terlupa sesetengah perkara. Ini post pertama di tahun 2011. Ada gak kesempatan nak post huhu~. Di kesempatan ini saya memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kelemahan diri ini. Saya akan menghadapi mid term (mid term jer) jadi saya memohon doa dari semua teman2 agar Allah permudahkan segala urusan saya dalam menjawab soalan2 nanti.

"Rabbuna yassir wa la tu'assir"

[Allahumma najihna fi hazal imtihan wa fi dunia wal akhirah]



Jumaat, 31 Disember 2010

~Bubye 2010 :'( Hye 2011 :-)


dear blog...
aq dah xtau nak tulis ape dah nie..
sedihnye jiwa aq meninggalkan tahun 2010..
huwaaa..
sedih giler arghh...
tahun yang paling banyak sejarah dalam hidup aq..
tahun yang paling banyak mengajar aq erti tabah dalam kehidupan..
beribu cerita tentang diriku yg terjadi dalam tahun nie
rasanye xtertulis dalam blog nie..
xpela..
nak kongsi sikit peristiwa suka duka 2010 Iskandar Zulqarnain :-)

Tesco Fresh Distribution Center (Malaysia) Department RSU


Buat pertama kalinye aq berkerja secara rasmi dalam sebuah international company yg agak terkenal xlain xbukan Tesco (M)..
Ingat g waktu 1st time aq dengan arip cari keje pas SPM.. Jenuh pusing 1 Ipoh semata2 nak cari keje (dalam masa yg sama g jejalan hehe)
dekat seminggu jugakla kami cari keje..
masuk hari ke-6

Arip: Is, dah jenuh memusing tp xdapat pun nak keje nie.. Jawabnye duk umah on9 la kite huhu

Aq: Ish ko nie! kita cari la dulu. Eh kat gopeng tu ada tesco gak kn? xnak try?

Arip: tu bukan tesco jual2 la.. tu tesco edar, yang anta barang g market tesco

Aq: ala kita try jer dulu.. Ada rezeki adala keje

Arip: aq ikut jela camtu..

maka kami dengan penuh semangat memecut Honda EX5 menghala ke Gopeng. Jauh gak dari umah.. 30 minit baru sampai huhu..

(Ok aku xnak habiskan citer ni sebab patut 2011 lagi aku dah post.. Lupa aku ada peram dalam draft.. Lau rajin nanti aku edit lain ;) 

Ahad, 26 Disember 2010

Polemik Ketuanan Melayu~ Mantap Beb!


Alhamdulillah..
akhirnya aq tiba di rumah dengan selamatnya hehe..
letih td jadi penunjuk arah jalan tidak rasmi kepada Ridhwan..
best gak jejalan dengan sahabat2 g kuliah jauh dari umah sewa..
bukan jarang, xpenah pun sbelum nie..
bertolak kul 6.30 kitorang singgah di Masjid Wilayah Persekutuan dulu utk solat Maghrib..
sambil2 tu nak tenangkan pemikiran dari masalah2 yg melanda baik diri sendiri mahupun masyarakat (lum jd wakil rakyat lagi nie hehe)
pas solat terus menuju ke Kajang..
tawakal jer kitorang redah jalan menghala ke Kajang..
dah sampai Kajang suma pakat tengok jam..

"la...awal lagi nie.. ada lagi sejam.. Nak kemana dulu nie Is?"

"hmmm..makan jom?"

"makan per?"

"sate kajang ler..ape lagi"

"JOM!!!!"

so melantakla kitorang sate kajang puas2 sampai sakit lidah td..
memang puas ler makan, kununnya untuk bg xngantok dengar forum hehe

Sesudah puas kami semua makan, kami teruskn perjalanan kami ke Dewan Majlis Pembandaran Kajang..
memang sesat ler memusing cari dewannye dimana..
padahal kat belakang tempat kami makan sate tu jer td hehe
cari punye cari syukur Allah permudahkan hala kami menuju ker tempat forum (naseb baik la ada pak guard tunjukkan arah)
dan selamat tiba di Dewan dengan bangganya hehe

Ok lah..
malas nak merapu dah..
kita serius cikit..
Forum Polemik Ketuanan Melayu td tu mengenai isu ketuanan Melayu apakah ianya relevan dalam suasana Malaysia sekarang ini..
Aq sebenarnya dah naik muak..
isu nie isu lama.. yang mana bg aq hanya digunakan oleh pihak tertentu untuk meraih sokongan dari golongan tertentu..
tp yg bestnye.. mereka yg kupas isu ini ada wakil dari golongan agama, pemuda, ahli sejarah dan politik..
so bg aq agak seimbang ler.. xdela berat pada belah tertentu jer..
Ahli panelnya ialah..

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (bekas Mufti Perlis, idola aq nie )
Dr Hasan MAd (Setiausaha MPM)
Saudara Jais Abd Karim (Presiden GPMS)
Ahmad Sabki Yusof (Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat)

Mereka mengupas isu ini dengan agak mendalam dan menarik..
cuma kesimpulan yg aq dapat dalam forum malam ini (malas nak tulis pepanjang)
isu ini tidak perlu dibangkutkan kembali..
hanya akan memecahbelahkan perpaduan masyarakat..
Dr Asri perjelaskan, tanggungjawab kita adalah untuk menerangkan keadilan Islam itu sendiri kepada setiap individu..
jangan lakukan perkara yg menakutkan orang untuk mendekati Islam..
jadi kerajaan tidak perlu untuk mewarwarkan seperti melayu skrg dalam keadaan tertekan.

Apapun forum td mmg best..
cuma dah ngantuk sangat nie..
ada masa besok aq cter panjang lebar k
tido dulu... salam;-)


Sabtu, 25 Disember 2010

Aku juga Syiah ~ Dulu, Kini dan Selamanya!~


fuhhh...
makin lama makin panas aq dek kerana laman sosial popular fb..
banyak isu-isu hangat yang betul2 menghangatkan hari aq..
baik kisah yg berulang2 kali berlaku mahupun yg baru berlaku..

Apapun..
isu Syiah kali ini betul2 menarik perhatianku..
isu Syiah bagiku bukanlah isu remeh temeh yg membincangkan soal furuq (cabang) dalam agama
tp ianya lebih berat kerana membincangkan soal usul (asas) dalam agama..
soal aqidah kita..
aqidah yang mana jika terpesong sedikit boleh mendatangkan kekafiran..
ramai yg xsedar tentang soal ini..
mereka tidak tahu apa Syiah itu yg sebenarnya..
mereka hanya bercakap apa yg mereka tahu tanpa mendalami soal tersebut
pada mereka, apa yg penting hanyalah perpaduan antara sunni dan syiah..

"Ya Sheikh~! bagaimana mungkin kita bersatu dengan mereka sedangkan mereka mengkafirkan kamu! Syiah membunuh saudaramu di Iran dan Iraq tapi dunia menipumu dengan menyatakan bahawa merekalah pejuang Islam yg sejati!"

Dulu aq xtau apa itu Syiah..
Aq cukup bangga bercerita pd kawan2 mengenai Iran dan tentera Hizbullah..
Aq bencikan Arab Saudi kerana bersikap bermuka2 dengan Amerika dan Israel..
Iran ternyata gah dalam soal Palestin..
Ya! Iranlah yang akan menyelamatkan umat ini dari kekejaman Israel..

Tp hakikatnya..
aqidah yg mereka anuti bukan aqidah Islami yg sejati..
aqidah yg jauh terpesong dari ajaran Islam yg sebenar..
mereka mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Osman, Muawiyah dan sahabat2 Rasulullah yg lain!
mereka mengkafir bahkan mengatakan Ummul Mukminin Saidatina Aishah sebagai Keldai!
Inikah pejuang Islam yg tulen? Atau pejuang agama syaitan mereka?
Sungguh..xde yg lebih aq benci melainkan Syiah dan mereka yg berpegang pd aqidah mereka..
Dulu, Kini dan Selamanya!

"Is, perjuangkan pasal Syiah sahaja.. Banyak hal lain dalam agama yg lebih pentinglah"

Aq xpernah perjuangkan hanya mengenai Syiah..
aq juga perjuangkan agar masyarakat mengamalkan sbenar2 ajara Rasulullah dan salafus soleh
bagiku, mereka yg sudah mantap aqidahnya secara sendirinya dia akan menolak Syiah
tanpa dipaksa...
daku agak terkilan terhadap mereka yg suka 'memangkah' orang lain..
sedangkan dia usaha dakwah sedikit pun xde..
paling x pun sokonglah usaha dakwah meskipun kecil..

Apapun..
aq xkan berhenti untuk menentang Syiah dibumi Malaysia ini..
mereka tidak akan selamat jika berterusan menyebarkan ajaran mereka disini..
ajaran sesat lagi menyesatkan..
Semoga Allah selamatkan aqidah kita semua..

p/s: sesiapa yg nak tahu apa itu Syiah dan mahukan buku yg menerangkan mengenai mereka boleh mesej aq k.. InshaAllah aq akan berikan pd mereka yg ingin tahu~ ^_^

Sabtu, 18 Disember 2010

Rasa nak memangkah (menegur sebenarnya)~


Akhirnya...
setelah 2-sem di IIC barulah aq rasakan tekanan study..
aduh..tension gak..
tp sekurang2nye xdela cam 'sepupu' aq punye tension study
yela..Pengajian Islam dengan Law kn jauh bezanye..
assignment pun berbeza..cara study lagilah..
so xheranla kalo dia tu tension study, naseb baik aq xteruk cam dia hehe (S..jangan mara na.. :P)

ok la..jom kita merujuk tajuk diatas..
malas nak melalut jauh lak
hmm..dalam hidup nie apa yg kita nak sebenarnya?
asal benda baik yg kita wat mesti ada orang pandang serong..
xsuka tul la camnie..
betul..kita wat semuanya kerana Allah..
biarlah mereka nak caci maki kita ker..
tp sekurang2nya aq nak luahkan jugak dalam nie..
buat peringatan kita bersama..

Kita selalu meng'kondem' orang
tp pernahkah kita nak perbetulkan apa yg telah ter'kondem' dalam diri kita?
tolong bezakan antara menegur n memangkah orang ye..
hmm...
aq banyak kali menegur kesilapan orang lain..
mungkin sebab tu aq lak yg kene pangkah..
aduhai syg..
kalaulah aq xtegur, lg teruk ko wat salah..
ye betul..banyak salah silap aq..
jaga agama pun antara ya dengan x jer..
tp salah ker kalau aq tegur salah yg ko wat..
aq xminx pernghargaan..
hanya mendengar paling kuran brfikirlah apa yg aq katakan..
bukannya melenting xtentu hala..

tp xpela...
kalau ko xnak dengar it's ok...
antara kita bukannye ada ape2 kaitan..
lelaki itu xsebaik yg kita sangka..
aq pernah mengenali 'dia'..
jaga diri ko elok2...
harap kau xserahkn sesuatu yg berharga pd diri kau pdnya..
plezz lah..
kalaulah kau rasakan bimbang dlm hatiku...

ikhlas to Ms M... baru nak kenal dunia...

p/s : alahai mak..kawenkn aq :P

Khamis, 16 Disember 2010

Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi


Assalamualaikumu waramatullahiwabarakatuh...
Alhamdulillah..berkesempatan jua aq meng'update' ditengah2 malam ini di saat Amar sedang hanyut diulit mimpi disebelahku hehe

Malam nie aq nak share sikit tentang apa yg dah lalui hari nie..
1st hari nie alhamdulillah tercapai juga niat aq untuk berpuasa 10 Muharram (hari Asyura)..
banyak keberkatan yang Rasulullah sebutkan mengenai hari Asyura nie, semoga aq antara mereka yang peroleh keberkatan hari ini..
2nd thing is, hari nie 1st time aq wat Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi!!
hehehe...xcited giler
mane xnye..agak leceh menumbuk cili padi td..
sampai naik pijor tangan huhu...
baru aq tau susah memasak camner..
kalo xsebelum2 nie juz tunggu makanan siap berhidang jek huhu...
cian kat mak..(baru nak rasa insaf hehe)

Aq xlarat nak cter panjang2 sebenarnya sebab dah tengah malam..
so kita share jela resipi masak lemak cli padi simple dari chef Iskandar k hehe..

Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan keli
1 cawan pati santan
3 1/2 cawan santan cair
3 helai dain kunyit, disiat2
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan secubit gula
1 genggam cili padi hijau*
3/4 inci kunyit hidup*
1 camca teh garam kasar*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan keli disiang, cuci bersih dan perap dengan asam jawa + garam = 15 minit. Cuci kembali dan toskan. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit + garam + sedikit minyak makan. Panggang hingga ikan masak (biar kulit ikan garing sikit). Ketepikan. [tapi td aq xgoreng ikan tau..terus masukkan bila dah mendidih]
  2. Dalam periuk, satukan bahan2 tumbuk halus dan santan cair, kacau rata dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan ikan dan biar mendidih. Tambah santan pekat dan masukkan daun kunyit. Biar mendidih dengan api perlahan.
  3. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi hangat dan ulam-ulaman.....

Time nie baru jer masukkan ikan


Pati santan, untuk letak time last


nie la asam jawa yg aq gunakan..mudah jer


waa..yang nie mmg pedih..sampai sekarang still rasa lagi pedas cili kat tangan


Cili dan bawang yg aq gunakan banyak lg..bukan takat nie jer..yang lain tengah basuh



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...