Khamis, 10 Oktober 2013
Teruskan Hidup, Tiada Menoleh
Bicara Arjuna
Last posting aku 8 Mei 2012 dan sekarang 10 Oktober 2013, dah lebih dari setahun aku x update so nampak sangat malasnya aku nak update blog ni. Bukan sebab xde perkara nak cerita tapi banyak sangat kerja dan perkara2 berbangkit. Ok, masa berjalan dan banyak sangat perkara yang berubah.. Sekarang dah hampir di akhir semester ke dua(2) latihan aku sebagai bakal penjawat awam dalam bidang Pembantu Kesihatan Awam. Kalau setahun dulu aku di kolej Islam, sekarang aku di Kolej Sains Kesihatan pulak. Teman hidup pun dah bertukar haha..
Posting ringkas je kali ni. Sekadar untuk buatkan diri berfikir lagi dan lagi. Hmm..ok, Dua perkara dalam hidup yang berkait rapat dengan kita. Pilihan dan ujian. Hidup ini sebuah pilihan. Ya, pilihan. Kita boleh pilih untuk apa yang mahu kita jadi atau lakukan baik yang elok atau x, pilihan terbentang dihadapan kita. Cuma kita seperti x terlihat pilihan2 tersebut. Kurangnya penilaian akibat keterbatasan kita melihat pilihan yang ada lalu menyebabkan kita seringkali memilih jalan yang salah. Pilihan itu biasa diuji. Ujian adalah lumrah dalam kehidupan. Biasa terjadi dalam kehidupan insan, ujian yang mendatang terasa x tertanggung bebannya. Rasa selepas satu, datang lagi ujian yang menimpa. Bila kita diuji, apakah mampu kita berlari darinya? Apabila kita ditimpa masalah mampukah sekadar lupakan dan teruskan hidup seperti biasa? Bila kita terjatuh, apakah kita x mampu bangun kembali?
Pilihan dan ujian. Terselit hikmah disebalik setiap perkara yang terjadi. Kita sesali setiap perkara bodoh yang kita lakukan pada masa lepas. Tapi disetiap kesilapan itulah yang membuat baik buruk kita pada hari ini. Kita peroleh kedudukan pada hari ini meskipun jika difikirkan kesilapan memilih pada masa lepas x memungkinkan kita berada seperti hari ini, namun Allah x pernah putus asa untuk terus memberi kita pilihan. Kita apa adanya hari ini memang hasil dari kesilapan semalam. Cuma mungkin kali ini kita belajar dari kesilapan semalam. :)
10.30pm, Ampang
Selasa, 8 Mei 2012
Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan Sunni – Syiah
Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau pencetus kepada gerakan itu sendiri. Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai “˜pusat dunia”.
Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah Bani Umayyah.
Revolusi Iran tahun 1978 |
ERA REVOLUSI IRAN
Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada kekeliruan di zaman yang serba mencabar ini.
Rujukan : http://saifulislam.com/?p=29
Rabu, 8 Februari 2012
Warkah Buat Saudara - Saudaraku
Saudara-saudara ku...
Suatu ketika dahulu ayahanda kita, atau nenda anakanda-anakanda pernah meluahkan isi hatinya dalam serangkap pantun yang berbunyi seperti berikut :
Puas sudah kutanam padi,
Nenas juga didagang orang,
Puas sudah kutabur budi,
Emas juga dipandang orang.
Jikalau kita menghayati isi pantun tersebut kita akan dapat menyelami jauh di sudut hatinya penuh rasa terbuku dan terharu kerana mengenangkan sikap-sikap sesetengah insan ketika itu yang hanya mementingkan diri mereka sahaja. Mereka hanya memandang kepada mereka yang kaya sahaja dan meminggirkan pula mereka yang miskin. Bagi mereka, seolah-olah kewujudan orang miskin seperti beliau tidak diperlukan.
Saudara-saudaraku...
Bayangkanlah anda sedang berdiri di sebuah gurun yang luas, kosong, sepi dan tiada berpenghuni. Siang dipanah terik sinar mentari, malam bertemankan bintang-bintang berkedipan dilangit luas. Tatkala ini anda akan merasakan diri terlalu sepi, kerdil dan tidak berdaya.
Biarpun didalam kocek anda penuh dengan emas permata, biarpun didalam karung padat berbekalkan makanan enak dan menyelerakan, kesepian mendera jiwa anda.
Saudara-saudaraku...
Katakanlah tiba-tiba lalu seorang gila yang berpakaian compang-camping, yang pernah anda hina dan kutuk. Tangis tawanya tidak mengandungi makna malah ia tidak mengenal erti susah atau pun senang dan tidak mampu membezakan apa itu kemeriahan dan apa itu kesepian.
Dia melewati anda tanpa sapaan mesra, mahu pergi jauh mengikut jejak langkahnya yang sumbang , lalu anda merayu kepadanya, “TEMANKANLAH AKU SAHABATKU”, sahabat? Suatu ketika dahulu anda merasakan amat aib untuk mengakui manusia seperti itu sahabat. Ada kala dia dianggap bukan manusia, sampah, haiwan, tiba-tiba tarafnya dijulang tinggi sebagai sahabat.
Saudara-saudaraku...
Memang sudah menjadi lumrah hidup manusia sering kali meminggirkan golongan kerdil dan lemah. Kita merasakan kitalah yang hebat , kita yang kaya, sedangkan sebenarnya kita juga kerdil seperti insan yang kita anggap kerdil itu. Adakalanya kita memerlukan kehadiran mereka, sedangkan mereka tidak memerlukan kita.
Pendek kata setiap ciptaan Tuhan tetap penting. Sama ada miskin atau kaya, berdarjat atau keparat. Memang benar kita menjadi senang kerana asal usul kita orang senang, atau kita rajin berusaha dan bernasib baik lalu menjadi senang. Namun janganlah kita bermegah dan memandang hina kepada golongan lemah, entah bila pula kita akan menjadi lemah.
Saudara-saudaraku..
Apa yang kita ada akan habis, apa yang kita miliki akan berakhir. Kita juga telah dijanjikan akan pergi, yang baru pula akan mengganti. Aturan alam telah mengatakan begitu, pertemuan kita adalah usia, setiap kali bertemu dan bersua kita akan bertambah dewasa, usia pula kian meningkat gelaran tua semakin menghampiri. Harapan tualah yang mendewasakan kita, apabila kita menghayati erti tua dan dewasa ianya akan memberi seribu keinsafan dan pengertian buat kita. Bahawasanya keindahan dan kasih sayang dalam ikatan persaudaraan amatlah besar ertinya dan ianya tidak sukar dan mustahil untuk dimiliki jikalau kita semua sama-sama mengerti.
Akhir kalam berkat dariNya juga ianya akan membuahkan seribu penghasilan , seribu impian dan seribu pengharapan persaudaraan yang kukuh dan erat akan terus wujud serta terjalin dengan sempurna buat anak-anak, cucu-cucu serta generasi kita pada masa akan datang.
Oleh Mamak Khiarudin bin Ismail
Segambut, Februari 2012
Ahad, 11 Disember 2011
~Para Pembunuh Muslim Bosnia~!
Ratko Mladic didakwa menjadi dalang pembunuhan tidak kurang dari 8 000 lelaki dan anak penduduk Islam di Srebenica pada tahun 1995, serta melakukan jenayah perang selama perang etnik meletus di kawasan Balkan itu.
Kejahatan Radovan Karadzic
Sumber: www.hidayatullah.com
Khamis, 1 Disember 2011
~Apa Itu Cinta?~
Selasa, 29 November 2011
~Kejarlah Apa Yang Kau Rasa Benar!~
Jangan pernah goyah apabila sahabatmu mulai berpaling apabila mempercayai kebenaran tidak lagi berpihak padamu..
Sepanjang laluan perjuangan itu, akan ada yang berpihak padamu, yang membangkangmu, dan ada yang seperti lalang, mengikutimu namun tidak bermakna menyokongmu. Dan mereka yang diatas pagar kononnya, memerhati dan terus memerhatikanmu.
Apabila perjuanganmu berhasil, berbondong-bondong insan datang padamu lalu mengaku dikaulah teman terbaiknya. Lumrah duniawi hidup hanya indah bilamana kau diatas, jika kau jatuh, kau hanya dipijak tanpa ihsan manusiawi. Jadi beringatlah kau, jangan pernah takbur akan kejayaanmu..
Kau akan rasa bahagia bilamana ada yang datang lalu mengungkapkan, "Kau memang seorang yang berani", "Tidak gentar sama sekali!", dan berbagai lagi kawad tahniah yang dikau terima. Namun diwaktu begini jika dikau tidak bijak menilai kawan, maka nantikanlah hari kejatuhanmu..
Justeru itu, dikau perlu sentiasa berhati-hati. Hidup ini tiada indah tanpa perjuangan. Perjuanganmu adalah perjuangan mencari sebuah kebenaran. Apabila matlamat sudah dicapai, tolehlah sedikit kebawah dan lihat susah payah mu untuk naik keatas. Supaya nanti kau akan hargai setiap penat jerih yang kau korbankan. Namun jangan pernah kau sangka, perjuangmu telah berakhir!
Isnin, 12 September 2011
Betul ke perempuan xminat lelaki berjanggut? ;)
Betul ke perempuan xminat lelaki berjanggut? ;)
Answer here