Isnin, 21 Mac 2011

~Macam-Macam Hal~

MACAM-MACAM HAL!

Aq rasa mau gila jugak aq kat Kuala Lumpur nie...
Bila tanggungjawab bertambah maka kegilaan pun bertambah gak huhu
Pastu dengan balik dari kolej tengok rumah lak cam tongkang pecah
Pastu bila aq dah mula bertukar mood barulah nampak ada yang nak ngemas
-Rasa macam duk ostel lak-
Kot ya pun korang dah besar!
JANGAN SAMPAI ISKANDAR JADI RAKSASA!!!


Tapi nasib baik ada budak comel nie
-Si Amar berbaju hitam-


Dapatlah aq buli dia untuk luahkan kemarahan aq hahaha
Gaya cam kuat tapi kuat lagi adik aq hihihi =P
Tapi dia nie lak dalam bab2 niaga semangat sungguh
Gaya cam udah jadi bos aq jer
Mentang2lah orang yang sentiasa bagi semangat dekat jer dengan dia
Semangat pun xpernah turun2 haha..
Aq nie lak duk ikut jela ape yang dia suruh wat..
Tapi dalam umah sorry ler..
Berani arah kalau nak kene sekeh kepala dengan aq hahaha...

Tu jela yang aq nak merapu pagi2 nie.. Bosan duk umah, nak ke kolej hujan lebat sangat la pulak..hehe ;-)


Sabtu, 12 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa, Terbaik Dari Malaysia!



Hikayat Merong Mahawangsa...
Semalam aku baru jer tengok citer ni kat TGV KLCC...
Perghh! Filem epik terbaik buatan Malaysia yang memang mengagumkan aku..
Tahniahla buat KRU Production kerana mampu mencipta karya sehebat ini..
Dengan membariskan pelakon2 terhebat, daku anggap bahawa filem ini setaraf dengan filem Hollywood mahupun Hong Kong..
Akhirnya ada juga karya bermutu yang kita mampu hasilkan.. dan kita seharusnya berbangga mengenainya..
Bagiku filem seperti ini dan juga Puteri Gunung Ledang patut diperbanyakkan daripada filem2 hantu yang penuh tahyul mahyul dan syirik..
Filem seperti ini juga mampu menaikkan semangat patriotik terhadap negara..
Hmmm... rasanya ini filem pertama yang memperlihatkan armada tentera Rom dan China bersama tentera melayu..
Untuk rating, aku letakkan 7 daripada 10 bintang.. Tahniah kepada penerbit! Perbanyakkan filem2 seperti ini dimasa hadapan... ;-)






p/s: pasni tengok kunfu panda 2 lak hehe~

Khamis, 3 Mac 2011

Serius Aku Benci Dengan Polis Dunia!



Kita sedia maklum dengan kata-kata Prof Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenai krisis yang berlaku di Libya serta fatwa yang dikeluarkan beliau








"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gadhafi dibunuh! Barangsiapa samada pegawai tentera atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mampu untuk membunuhnya, maka jangan teragak-agak untuk membunuhnya! Ianya semata-mata untuk menyelamatkan rakyat dari kejahatan dan kezaliman lelaki gila ini!"

Bergegar dunia Islam dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh..


Lalu dijawab oleh sang pemerintah








"Aku tidak akan tunduk atas desakan ini. Aku tidak akan berundur dari tanah ini dan akan mati sebagai seorang SYAHID!"



Terpinga-pinga aq... Dalam peperangan ini. Apa mungkin seorang yang darahnya dihalalkan bisa mati syahid?



Libya.. Negara di utara Afrika yang kaya dengan emas hitam. Sudah lama diperhatikan oleh Sang Polis Dunia. Sang Polis Dunia yang berlagak hebat bagaikan tiada yang mampu menyaingi kekuatan yang dimilikinya khabarnya telah menggerakkan angkatannya untuk menghampiri perairan Libya. Pembantaian rakyat di Benghazi serta Tripoli dijadikan alasan. Walhal emas hitam dijadikan sasaran. 1 lagi negara Islam akan tumbang. Segalanya berlaku kerana kelemahan kita sendiri..




Semoga Allah beri kekuatan kepada rakyat Libya untuk menghadapi suasan genting ini. MATILAH GADHAFI! HANCUR AMERIKA!

Ahad, 13 Februari 2011

Imam Muda Qaryah (IMQ)~ Menarik!!


2nd update untuk tahun nie..
waaa.. xtaula nape tahun nie rasa slow jer nak update blog.. padahal banyak jer cter yg nak dikongsi.. hmm.. xpela... mane yg mampu jer

berkaitan dengan tajuk diatas.. ramai yg terkejut dengar aq join Imam Muda, dengan mak pun terkejut gak..

"Imam muda yg masuk tv tu ker?!"

hahahaha... xla... ianya lebih kurang macam Imam Muda Astro tu la jugak.. tp xmasuk Astro la.. juz masuk tv AlHijrah jer huhu..
aq dengan geng serumah (Aiman, Amar n Ridhwan) dapat tawaran daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk menyertai program nie..



JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
FEDERAL TERRITORY ISLAMIC AFFAIRS DIPARTMENT
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur




Iskandar Zulqarnain Zaheruddin
Lot 965, Parit 6 6/r, Pekan Rabu,
36600 Chenderon Balai,
Teluk Intan, Perak


Tuan,

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM IMAM MUDA QARYAH (IMQ)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
akan mengadakan Program Imam Muda Qaryah (IMQ) bagi melahirkan pelapis generasi muda yang mampu menjadi imam yang berkelayakan dan berkebolehan.

3. Sehubungan dengan itu, tuan adalah ditawarkan bagi mengikuti program tersebut dan diminta untuk menghadiri sesi pendaftaran dan taklimat pada tarikh, masa, dan tempat seperti berikut;

Tarikh : 13 Februari 2011 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana Kuala Lumpur

Kerjasama dan perhatian tuan dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Sekian, wassalam.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"




..............................................................
(WAN JAAFAR BIN WAN AHMAD)
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Kariah
b.p Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


hehe.. sajer nak letak contoh surat yg aq dapat minggu lepas.. taklimatnye pagi td dan aq dah jelas mengenai perjalanan program nie.. hmm.. xsilap aq sesiapa yg berminat, anda masih boleh mendaftar di Pusat Islam (xsilap ar).. Jadi jangan lepaskan peluang berharga nie..


SYARAT2 PENYERTAAN :
•TERBUKA KEPADA WARGA KARIAH MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA BERUMUR 18 HINGGA 40 TAHUN.
•TIDAK TERLIBAT DALAM KES2 PENYALAHGUNAAN DADAH
•TIDAK DISABITKAN DENGAN MANA2 KES JENAYAH DI MAHKAMAH SYARIAH ATAU MAHKAMAH SIVIL.
•PENYERTAAN HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEN. PENGARAH KANAN (PENYELARAS PUSAT PENTADBIRAN ZON) KAWASAN KARIAH MASING2. PENGESAHAN PALSU AKAN MENGAKIBATKAN PENYERTAAN PESERTA DITOLAK SECARA AUTOMATIK.
•PESERTA YANG BERMASTAUTIN DI PUTRAJAYA BOLEH MENDAPATKAN PENGESAHAN DARI PEN. PENGARAH, BAHAGIAN PENGURUSAN KARIAH, CAWANGAN PUTRAJAYA.
•TARIKH TUTUP : 1 JANUARI 2011
•UNTUK MENDAPATKAN BORANG PENYERTAAN DAN MAKLUMAT LANJUT, SILA BERHUBUNG DENGAN IMAM DI MASJID KARIAH MASING2.
•HADIAH :
–PEMENANG TEMPAT PERTAMA :
•WANG TUNAI RM 20,000.00
•PAKEJ UMRAH
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN
–PEMENANG TEMPAT KEDUA :
•WANG TUNAI RM 15,000.00
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN

–HADIAH TEMPAT KETIGA :
•WANG TUNAI RM 10,000.00
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN

–HADIAH SAGUHATI :
•WANG TUNAI RM 1,000.00
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN
–SETIAP PESERTA AKAN MENDAPAT SIJIL PENYERTAAN

k la... itu jer wat masa nie.. ;-)

Jumaat, 21 Januari 2011

Bi Taufiq wan Najah fil Imtihan..

Lama dah x update blog nie..
Kesibukkan dunia buatku terlupa sesetengah perkara. Ini post pertama di tahun 2011. Ada gak kesempatan nak post huhu~. Di kesempatan ini saya memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kelemahan diri ini. Saya akan menghadapi mid term (mid term jer) jadi saya memohon doa dari semua teman2 agar Allah permudahkan segala urusan saya dalam menjawab soalan2 nanti.

"Rabbuna yassir wa la tu'assir"

[Allahumma najihna fi hazal imtihan wa fi dunia wal akhirah]



Jumaat, 31 Disember 2010

~Bubye 2010 :'( Hye 2011 :-)


dear blog...
aq dah xtau nak tulis ape dah nie..
sedihnye jiwa aq meninggalkan tahun 2010..
huwaaa..
sedih giler arghh...
tahun yang paling banyak sejarah dalam hidup aq..
tahun yang paling banyak mengajar aq erti tabah dalam kehidupan..
beribu cerita tentang diriku yg terjadi dalam tahun nie
rasanye xtertulis dalam blog nie..
xpela..
nak kongsi sikit peristiwa suka duka 2010 Iskandar Zulqarnain :-)

Tesco Fresh Distribution Center (Malaysia) Department RSU


Buat pertama kalinye aq berkerja secara rasmi dalam sebuah international company yg agak terkenal xlain xbukan Tesco (M)..
Ingat g waktu 1st time aq dengan arip cari keje pas SPM.. Jenuh pusing 1 Ipoh semata2 nak cari keje (dalam masa yg sama g jejalan hehe)
dekat seminggu jugakla kami cari keje..
masuk hari ke-6

Arip: Is, dah jenuh memusing tp xdapat pun nak keje nie.. Jawabnye duk umah on9 la kite huhu

Aq: Ish ko nie! kita cari la dulu. Eh kat gopeng tu ada tesco gak kn? xnak try?

Arip: tu bukan tesco jual2 la.. tu tesco edar, yang anta barang g market tesco

Aq: ala kita try jer dulu.. Ada rezeki adala keje

Arip: aq ikut jela camtu..

maka kami dengan penuh semangat memecut Honda EX5 menghala ke Gopeng. Jauh gak dari umah.. 30 minit baru sampai huhu..

(Ok aku xnak habiskan citer ni sebab patut 2011 lagi aku dah post.. Lupa aku ada peram dalam draft.. Lau rajin nanti aku edit lain ;) 

Ahad, 26 Disember 2010

Polemik Ketuanan Melayu~ Mantap Beb!


Alhamdulillah..
akhirnya aq tiba di rumah dengan selamatnya hehe..
letih td jadi penunjuk arah jalan tidak rasmi kepada Ridhwan..
best gak jejalan dengan sahabat2 g kuliah jauh dari umah sewa..
bukan jarang, xpenah pun sbelum nie..
bertolak kul 6.30 kitorang singgah di Masjid Wilayah Persekutuan dulu utk solat Maghrib..
sambil2 tu nak tenangkan pemikiran dari masalah2 yg melanda baik diri sendiri mahupun masyarakat (lum jd wakil rakyat lagi nie hehe)
pas solat terus menuju ke Kajang..
tawakal jer kitorang redah jalan menghala ke Kajang..
dah sampai Kajang suma pakat tengok jam..

"la...awal lagi nie.. ada lagi sejam.. Nak kemana dulu nie Is?"

"hmmm..makan jom?"

"makan per?"

"sate kajang ler..ape lagi"

"JOM!!!!"

so melantakla kitorang sate kajang puas2 sampai sakit lidah td..
memang puas ler makan, kununnya untuk bg xngantok dengar forum hehe

Sesudah puas kami semua makan, kami teruskn perjalanan kami ke Dewan Majlis Pembandaran Kajang..
memang sesat ler memusing cari dewannye dimana..
padahal kat belakang tempat kami makan sate tu jer td hehe
cari punye cari syukur Allah permudahkan hala kami menuju ker tempat forum (naseb baik la ada pak guard tunjukkan arah)
dan selamat tiba di Dewan dengan bangganya hehe

Ok lah..
malas nak merapu dah..
kita serius cikit..
Forum Polemik Ketuanan Melayu td tu mengenai isu ketuanan Melayu apakah ianya relevan dalam suasana Malaysia sekarang ini..
Aq sebenarnya dah naik muak..
isu nie isu lama.. yang mana bg aq hanya digunakan oleh pihak tertentu untuk meraih sokongan dari golongan tertentu..
tp yg bestnye.. mereka yg kupas isu ini ada wakil dari golongan agama, pemuda, ahli sejarah dan politik..
so bg aq agak seimbang ler.. xdela berat pada belah tertentu jer..
Ahli panelnya ialah..

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (bekas Mufti Perlis, idola aq nie )
Dr Hasan MAd (Setiausaha MPM)
Saudara Jais Abd Karim (Presiden GPMS)
Ahmad Sabki Yusof (Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat)

Mereka mengupas isu ini dengan agak mendalam dan menarik..
cuma kesimpulan yg aq dapat dalam forum malam ini (malas nak tulis pepanjang)
isu ini tidak perlu dibangkutkan kembali..
hanya akan memecahbelahkan perpaduan masyarakat..
Dr Asri perjelaskan, tanggungjawab kita adalah untuk menerangkan keadilan Islam itu sendiri kepada setiap individu..
jangan lakukan perkara yg menakutkan orang untuk mendekati Islam..
jadi kerajaan tidak perlu untuk mewarwarkan seperti melayu skrg dalam keadaan tertekan.

Apapun forum td mmg best..
cuma dah ngantuk sangat nie..
ada masa besok aq cter panjang lebar k
tido dulu... salam;-)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...