Ahad, 11 Disember 2011

~Para Pembunuh Muslim Bosnia~!


~Para Pembunuh Muslim Bosnia~!

"Bakar otak mereka!, perintah Ratko Mladic memberikan perintah kepada pasukan tentera Serbia yang menyerbu Sarajevo, ibu negara Bosnia-Herzegovina, semasa perang antara etnik Bosnia dan Serbia, pecahan dari negara Yugoslavia yang berperang pada tahun 1992-1995."

Ratko Mladic

Jeneral Serbia itu kini meringkuk dalam tahanan penjara di Schevenigen yang dijaga ketat, setelah ditangkap pasukan komando Serbia pada hari Khamis 16 Mei 2011 yang lalu, di perkampungan bahagia utara Belgrad untuk diadili di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda.

Ratko Mladic didakwa menjadi dalang pembunuhan tidak kurang dari 8 000 lelaki dan anak penduduk Islam di Srebenica pada tahun 1995, serta melakukan jenayah perang selama perang etnik meletus di kawasan Balkan itu.

Lelaki bermata biru dan mempunyai padangan bengis itu sempat membuat permohonan agar dibicarakan di mahkamah Belgrad dan tidak diekstradisi ke The Haguw atas alasan sakit hingga tidak layak untuk dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Namun berdasarkan bukti pemeriksaan doktor, mahkamah tidak memperkenankan tuntutan Mladic dan dalam waktu beberapa jam kemudian lelaki gempal yang semakin tua itu dihantar ke The Hague dengan menaiki pesawat khas milik kerajaan Serbia.

Semasa dibicarakan di mahkamah sebagai tertuduh, mantan panglima tentera Serbia itu dengan angkuh menyebut dakwaan yang ditujukan kepadanya adalah tuduhan yang melulu, termasuk tentang pembersihan etnik, penganiayaan, pemusnahan, pembunuhan, dan tindakan yang lain. Alasan yang diberikan beliau ialah "Saya membela negara dan rakyat saya!", kata Mladic berulang-ulang dengan angkuh.


Ratko Mladic bersama dua pemimpim tertinggi Serbia, Slobodan Milosevic dan Radovan Karadzic adalah para perancang yang mencetuskan perang dan pembersihan etnik di mana tentera Serbia telah membunuh, menyeksa, merogol dan berusaha membersihkan etnik Slavia yang beragama Islam di wilayah Bosnia yang dikenali sebagai Bosniak sepanjang perang 1992-1995.

Sebelum berlaku peperangan diawal 1990an, Yugoslavia (yang ertinya Slavia selatan) merupakan negara persekutuan yang ibu negaranya ialah Belgrad dan terdiri daripada Serbia, Kroasia, Slovenia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Republik Makedonia serta dua wilayah autonomi dibawah kekuasaan Serbia iaitu Kosovo dan Vojvodina.


Serbia adalah salah satu kumpulan etnik orang-orang Slavia yang tinggal di bahagia selatan semenanjung Balkan. Jumlah orang Slavia dari etnik Serbia adalah yang paling ramai iaitu lebih 10 juta orang. Sebahagian besar mereka menganut ajaran Kristian Orthodoks dan selebihnya Katolik dan Protestan.

Berbeza dengan daerah dan etnik lain dikawasan Yougoslavia yang dikuasai oleh Kristian, orang-orang etnik Bosnia kebanyakan menganut agama Islam Sunni.


Ratko Mladic, Slobodan Milosevic dan Radovan Karadzic semuanya berasal dari etnik Serbia. Mereka menyebut apa yang mereka lakukan adalah sebagai pembalasan oleh Serbia atas umat Islam yang menguasai kawasan mereka pada zaman Turki Othmaniyah selama 500 tahun.

Kejahatan Radovan Karadzic

Radovan Karadzic sebelum ditangkap

Berbeza dengan Radozan Karadzic, presiden pertama Republik Srpska (negara yang didirikan oleh etnik Serbia dengan kawasan yang meliputi sebahagian Bosnia-Herzegovina) yang menyamarkan dirinya sedemikian rupa hingga terlihat sangat berbeza, Mladic tidak menggunakan penyamaran ketika ditangkap. Bahkan berdasarkan foto-foto yang disiarkan media, beliau dilihat berhubung secara bebas dengan orang-orang di sekelilingnya termasuk menghadiri jemputan mahlis keramaian.

Awal April 2011, isterinya Bosiljka dihadapkan ke pengadilan dengan tuduhan memiliki senjata secara haram. Ia memberi alasan bahawa senjata itu adalah milik suaminya yang dinyakini telah meninggal dunia. Di mahkamah, isteri Mladic mengatakan suaminya meninggalkan rumah sejak tahun 2001, semasa sekutunya mantan Presiden Serbia, Slobodan Milosevic ditangkap dan diekstradisi ke The Hague untuk dibicarakan.

Radovan Karadzic Ketika Ditahan

Sebelumnya pada Jun 2010, keluarga Mladic berusaha mendapatkan kepastian dari mahkamah, pengisytiharan bahawa Ratko Mladic sudah meninggal dunia. Pada tahun 2008, setelah rakan sejawatnya yang juga pengikut Kristian Orthodoks, Radovan Kardzic ditangkap, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisyaratkan bahawa Ratko Mladic adalah sasaran penangkapan seterusnya.

Namun selama beberapa tahun tidak jua ada tanda-tanda Mladic akan segera ditangkap, satu foto yang diyakini dirakam selepas tahun 2008 (sesudah Karadzic ditangkap) menjadi bukti bahawa Mladic masih bebas bersama isterinya.

Dendam Terhadap Islam

Ratko Mladic yang dilahirkan pada 12 Mac 1942 di Bozinovci, selatan Sarajevo termasuk wilayah Bosnia -Herzegovina mempunyai dendam yang sangat mendalam terhadap umat Islam. Paul Martin, wartawan BBC yang pernah mewawancara dan diajak berjalan oleh Mladic menyimpulkan bahawa perang Serbia terhadap Muslim Bosnia yang didalanginya adalah satu peperangan balas dendam.

Tentera Muslim Bosnia

Maka dibawah pimpinan Ratko Mladic, hanya dalam masa beberapa hari dari tanggal 11 Julai 1995, pasukan tentera Serbia telah membunuh tidak kurang dari 8 000 anak-anak serta lelaki dewasa di bandar Srebrenica, bandar yang ketika itu berada di bawah perlindungan tentera pengaman PBB.

Selama perang 1992-1995, tidak kurang dari 20 000 perempuan Islam termasuk anak-anak dirogol secara beramai-ramai secara terancang di kem-kem penempatan tentera. Sebahagian lain dinodai di hadapan suami dan anak-anak sebagai suatu bentuk tekanan dan penindasan.

Pembunuhan berama-ramai umat Islam Bosnia oleh penceroboh Serbia selama dua tahun setengah itu telah mencapai lebih 110 000 korban. Lebih dari 1.8 juta orang Bosniak kehilangan harta dan tempat tinggal.



Radovan Karadzic melantik Mladic sebagai pemimpin tertinggi pasukan Serbia bagi menentang Muslim Bosnia sejak awal peperang bermula.

Semasa ditanya Paul Martin siapa yang memberi arahan dan siapa yang menerima arahan antara Karadzic dan dirinya, Mladic dengan sombong berkata " Saya yang melaporkan padanya, tapi saya yang mengetuai semua pertempuran dalam peperangan ini."

Kesombongan lelaki yang sanggup melakukan tindakan kejam diluar kewarasan manusia biasa di akui oleh orang sekelilingnya.

Suatu ketika helikopternya mendarat, beliau memberi arahan kepada pihak penyelaras lalu lintas lapangan terbang supaya mengosongkan landasannya. Dia berteriak, "Ini yang bercakap Ratko Mladic, tuhan (orang) Serbia!."

Penduduk bandar Sarajevo, ibunegara Bosnia-Herzegovina yang dikepung semasa pencerobohan tentera Serbia pasti tidak akan pernah melupakan Ratko Mladic. Pembunuh umat Islam Bosnia yang memberi arahan dengan lantang, "Bakar dan hancurkan Bosnia!'.

Betapa besarnya kesengsaraan yang dihadapi Muslim Bosnia

Slobodan Milosevic sudah meninggal di dalam penjara semasa menunggu perbicaraannya di mahkamah pada tahun 2006. Radovan Karadzic sudah ditangkap dam sedang dibicarakan. Kini giliran Ratko Mladic dihadapkan ke mahkamah. Namun ianya bukan bererti trajedi dan sejarah pembunuhan umat Islam di Bosnia oleh orang-orang Serbia boleh dianggap berakhir. Pembunuhan beramai-ramai orang Islam Bosnia adalah trajedi kemanusiaan yang paling besar sejak perang dunia kedua. Orang-orang Bosniak dibunuh hanya kerana satu sebab, iaitu kerana menyakini Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah!.

Sumber: www.hidayatullah.com

* Sengaja aku ingin kongsikan kisah mengenai trajedi perang di Bosnia pad tahun 1992-1995. Semoga menjadi peringatan yang berguna kepada kita semua~ :)

Khamis, 1 Disember 2011

~Apa Itu Cinta?~

Setelah beberapa purnama menyepi akhirnya terfikir juga aku untuk meluahkan sesuatu disini. Daripada buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah baik aku gunakan untuk kongsikan sesuatu dengan rakan-rakan. Yelah.. Masa yang ada kadang dihabiskan dengan game, novel, buku-buku politik atau agama, layan adik-adik dan bermacam lagilah jadi apa salahnya melakar sesuatu dalam bentuk penulisan meskipun ideanya kurang. Kan? :)




Baiklah.. Sepertimana tajuk diatas maka aku cuba untuk tidak memesongkan ayat yang ada dari membincangkan tentangnya. Apa itu Cinta? Semestinya kita tahu menyebut perkataan cinta. Selalu meluahkannya sama ada kepada ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan atau ....... ?? (anda boleh isi sendiri ruangan kosong tersebut. Cinta terlalu kompleks untuk diterangkan. Ianya tidak terhad diantara hubungan sesama insan. Bahkan ianya turut melibatkan hubungan antara insan dan makhluk yang lain dan juga antara insan dengan penciptanya. Malah untuk menterjemahkannya pun tidaklah mudah kerana ianya berdasarkan pemahaman individu yang merasai jiwanya mempunyai cinta mahupun tidak.


Definisi cinta. Menurut kamus dewan edisi keempat ialah "Cinta bermaksud kasih sayang antara suami isteri, seorang lelaki dan seorang perempuan. Iaitu perasaan saling mengasihi." Namun aku yakin, setiap daripada kita mempunyai definisi yang berbeza mengenai cinta. Jika ditanya kepada aku apa itu cinta. Jawapku ia merupakan suatu perasaan yang tidak dapat diterjemahkan oleh tutur kata atau gerak tubuh seseorang. Jadi apa itu cinta bagiku? Hanya yang merasa tahu apa yang dimaksudkan tentangnya. :)






Cinta memerlukan pengorbanan. Dari segi jiwa, harta, ilmu dan segalanya. Ramai yang telah terkorban kerana cinta. Jika terkorbannya seseorang kerana cintakan agama, tanah air dan bangsa maka ianya bukti kecintaan yang utuh dan perlu ada didalam diri setiap insan apatah lagi yang bergelar muslim. Apakah lagi berguna lidah kita berbicara tentang cinta jika maruah agama dan tanah air dirobek?. Jadi untuk membuktikan maka perlunya pengorbanan dalam mempertahankan cinta tersebut. Pengorbanan tidak semestinya dengan senjata. Dengan melakukan perubahan dalam diri dari jahat kepada baik, baik kepada yang lebih baik maka itu juga adalah pengorbanan.



Namun apakah berbaloi pengorbanan yang dilakukan terhadap cinta sesama insan? Selalunya insan yang merasa betapa dirinya terlalu menyintai kekasihnya maka dia sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan dapat dibuktikan pengorbanan dalam meraih cinta sang kekasih. Ianya adalah pengorbanan terkeji jika dilakukan. Jika inilah apa yang dianggap cinta maka rosaklah cinta yang dikatakan suci. Apakah bilamana diri sudah diratah maka itu sahaja bukti percintaan sudah lengkap? 9bulan selepas itu dibuangnya anak ke tong sampah untuk dimakan semut api atau dicampak sahaja dari tingkat 4 flat kediaman?






Aku tidak pandai menilai cinta kerana aku cinta itu datang dari Allah. Dia memberi manusia perasaan cinta untuk mencintaiNya. Dan sedikit ihsan dariNya untuk menyayangi makhluk yang diciptakanNya. Cinta hanyalah untuk setia kepadaNya tanpa menduakanNya. Ungkapan cinta sejati sesama insan hanyalah ibarat kisah dongeng bagiku kerana tiada yang abadi didunia ini. Kisah cinta makhluk yang penuh kepincangan disana-sini. Jadi hanya Dia yang layak untuk peroleh cinta abadi. Setakat ini dahulu nukilanku. Semoga ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat. :)

Selasa, 29 November 2011

~Kejarlah Apa Yang Kau Rasa Benar!~


Kejarlah Apa Yang Kau Rasa Benar!

Andai kau yakin perjuangan dan pengorbanan mu benar, maka teruskan dan teguhkan pendirian!

Jangan pernah goyah apabila sahabatmu mulai berpaling apabila mempercayai kebenaran tidak lagi berpihak padamu..

Sepanjang laluan perjuangan itu, akan ada yang berpihak padamu, yang membangkangmu, dan ada yang seperti lalang, mengikutimu namun tidak bermakna menyokongmu. Dan mereka yang diatas pagar kononnya, memerhati dan terus memerhatikanmu.

Apabila perjuanganmu berhasil, berbondong-bondong insan datang padamu lalu mengaku dikaulah teman terbaiknya. Lumrah duniawi hidup hanya indah bilamana kau diatas, jika kau jatuh, kau hanya dipijak tanpa ihsan manusiawi. Jadi beringatlah kau, jangan pernah takbur akan kejayaanmu..

Kau akan rasa bahagia bilamana ada yang datang lalu mengungkapkan, "Kau memang seorang yang berani", "Tidak gentar sama sekali!", dan berbagai lagi kawad tahniah yang dikau terima. Namun diwaktu begini jika dikau tidak bijak menilai kawan, maka nantikanlah hari kejatuhanmu..

Justeru itu, dikau perlu sentiasa berhati-hati. Hidup ini tiada indah tanpa perjuangan. Perjuanganmu adalah perjuangan mencari sebuah kebenaran. Apabila matlamat sudah dicapai, tolehlah sedikit kebawah dan lihat susah payah mu untuk naik keatas. Supaya nanti kau akan hargai setiap penat jerih yang kau korbankan. Namun jangan pernah kau sangka, perjuangmu telah berakhir!

Isnin, 12 September 2011

Betul ke perempuan xminat lelaki berjanggut? ;)

Betul ke perempuan xminat lelaki berjanggut? ;)

Answer here

Selasa, 14 Jun 2011

~Tosai Dan AKU~


Al-kisah bermula selepas kuliah Ustaz Fazrin di Musolla International Islamic College. Seusai solat Isyak, dengan selambernye aku pergi mengadap ustaz lalu berkata..

"Ustaz, Jom keluar minum" =D

Disahut dengan manis senyuman ustaz..

"Minum je ek"

Dengan sengih ku menjawab..

"Yela ustaz, ustaz minum, ana makan dan minum hehe"

Maka berangkatlah kami ker Restoran Mamak Esfan di Batu Caves.. Ketika pelayan datang nak order, aq berhajat nak makan makanan berdaging tapi dihalang oleh kekandaku Faeez Harith.. Alasannye 'pressure' naik.. Dek kerana hajat terhalang dan aku pun xtau nak order ape, ikut jela apa yang ape yang Abg Faeez order.. Masa inilah daku ber'taklid' kepadanya. Taklid membabi buta xtau tosai tu ape kemende (Yela, 1st time makan tosai hehe).. Sesampai je tosai, dengan Bismillah aku pun memulakan langkah.. Suapan yang pertama ok lagi, suapan yang kedua dah mula rasa masam tosai tu, suapan yang ketiga dah mula sakit perut (tapi tahan je depan ustaz dengan Abg Faeez), suapan yang ke empat dah xlalu nak habiskan tosai tu hehe.. Errr... boleh lak meremang bulu roma makan tosai ni.. Xsangka lak masam sampai camtu.. Ingat biasa2 je macam capati ker, roti canai ker.. Huhu.. Penyudahnya balik rumah berguling2 tahan sakit perut.. dalam sejam 4 kali masuk bilik air.. Puas nyumpah seranah kat tosai hehe.. Sian rezeki tu.. Tapi apapun.. Rasanya dah xorder tosai dah kali ni.. Rugi xmakan nasi dengan ustaz tadi..


*Moral dari kisah diatas ialah, janganlah kita bertaklid membabi buta dalam memilih sesuatu. Biar kita tau apa yang kita pilih itu baik ataupun tidak. ;)



Isnin, 23 Mei 2011

~Luahan Hatiku~

Dah lama xupdate blog.. Mungkin disebabkan sem-4 yang sangat meletihkan diriku, dan mungkin sebab xde mood pun nak update. Xpela... jenguk blog ni pun sebab rasa nak luahkan apa yang terbuku dari dasar hati je. Kadang dengan kawan mungkin xterluah.. hmmm.. camne nak mula ye.. Semester ini sangat2 membuatkan aq rasa tertekan, rasa ditekan, rasa menekan (ape yang aq cakap ni?). Semuanya rasa xbetul. Dengan kawan2 kadang aq bermasalah. Itu xbetul, ini xkena.. Semua yang dari diriku semuanya salah. Ntahla...kadang kecewa pun ada. Sahabat yang baik sentiasa menasihati bilamana sahabatnya itu melakukan kesalahan. Menasihati atas dasar rasa kasih dan sayang kepadanya. Bukan untuk menjatuhkan dia! Tapi yela.. manusia itu xsempurna. Kita mungkin mengharapkan agar dia dapat berubah, tapi bukan tugas kita untuk memaksa dia berubah. Semester ini jugaklah kekerapan aq dituduh atas satu2 masalah meningkat. Heran betul aq.. Bila disuruh kemukakan bukti xmampu pulak nak kemukakan.. Sekadar belajar agama tapi pengamalan xpulak begitu. Bila xmampu kemukakan bukti diberikannya alasan "Kalau xde angin, masakan pokok akan bergoyang?".. Xde kaitanla, camtu senanglah nak menuduh siapapun dengan satu2 tuduhan. Semoga Allah beri petunjuk kepadanya.

Cuma apa yang aq harapkan. Kita (buat sahabat2 yang baca luahan ini) sama2 belajar serta mendalami ilmu agama ini. Mungkin kalian tidak rasakan apa yang aq pendam selama ini. Aq harap kita dapat bimbing antara satu sama lain. Bukan canang keburukan seseorang pada siapapun. Itu akhlak yang kita kene jaga. Jaga aib sahabatmu ibarat menjaga aibmu sendiri. Tapi xramai yang sedar. Semoga Allah bimbing kita kearah yang diredhainya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Q.S Al-Hujuraat : 12

Isnin, 21 Mac 2011

~Sajak Pertamaku~ Ku Temui Cinta Ini


Ku Temui Cinta Ini

Kasih,
Sebelum mengenalimu,
Aku tidak tahu apa yang aku tiada.

Hidupku umpama seorang musafir,
Tiada tempat yang hendak dituju,

Lalu kau ajari aku makna sebuah kehidupan,
Dan telah kau peringatkan,
Dalam perkongsian sekeping hati,
Memberi lebih baik dari menerima.

Kasih,
Sebelum mengenalimu,
Aku tidak kenal erti bahagia.

Aku bersendirian,
Menjalani hidup ini,
Sunyi aku meredah onak duri yang menjalar.

Tapi hadirmu membawa semangat,
menghapus luka yang berdarah pada diriku,
Dikau dewi terindah pernah ku miliki,'
Tidak akan ku lepas walau sekali.

Tuhan telah menganugerahkan,
Dikau untuk hadir dalam hidupku,
Bersama huluran salam,
Telah ku sambut dengan senyum mesra.

Dikau telah berjanji,
Untuk berdua menghadapi segalanya,
Melayari sebuah perjalanan suci,
Yang pengakhirannya sebuah kebahagiaan.

Sayang,
Terima kasih buat segalanya.


Iskandar Zulqarnain
Asrama Putera SMK Sultan Abdullah
Februari 2008
11.25 malam

Sajak pertama untuk cinta pertamaku, hakikatnya ia hanya kekal dalam kenanganku~ :'(



~Macam-Macam Hal~

MACAM-MACAM HAL!

Aq rasa mau gila jugak aq kat Kuala Lumpur nie...
Bila tanggungjawab bertambah maka kegilaan pun bertambah gak huhu
Pastu dengan balik dari kolej tengok rumah lak cam tongkang pecah
Pastu bila aq dah mula bertukar mood barulah nampak ada yang nak ngemas
-Rasa macam duk ostel lak-
Kot ya pun korang dah besar!
JANGAN SAMPAI ISKANDAR JADI RAKSASA!!!


Tapi nasib baik ada budak comel nie
-Si Amar berbaju hitam-


Dapatlah aq buli dia untuk luahkan kemarahan aq hahaha
Gaya cam kuat tapi kuat lagi adik aq hihihi =P
Tapi dia nie lak dalam bab2 niaga semangat sungguh
Gaya cam udah jadi bos aq jer
Mentang2lah orang yang sentiasa bagi semangat dekat jer dengan dia
Semangat pun xpernah turun2 haha..
Aq nie lak duk ikut jela ape yang dia suruh wat..
Tapi dalam umah sorry ler..
Berani arah kalau nak kene sekeh kepala dengan aq hahaha...

Tu jela yang aq nak merapu pagi2 nie.. Bosan duk umah, nak ke kolej hujan lebat sangat la pulak..hehe ;-)


Sabtu, 12 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa, Terbaik Dari Malaysia!



Hikayat Merong Mahawangsa...
Semalam aku baru jer tengok citer ni kat TGV KLCC...
Perghh! Filem epik terbaik buatan Malaysia yang memang mengagumkan aku..
Tahniahla buat KRU Production kerana mampu mencipta karya sehebat ini..
Dengan membariskan pelakon2 terhebat, daku anggap bahawa filem ini setaraf dengan filem Hollywood mahupun Hong Kong..
Akhirnya ada juga karya bermutu yang kita mampu hasilkan.. dan kita seharusnya berbangga mengenainya..
Bagiku filem seperti ini dan juga Puteri Gunung Ledang patut diperbanyakkan daripada filem2 hantu yang penuh tahyul mahyul dan syirik..
Filem seperti ini juga mampu menaikkan semangat patriotik terhadap negara..
Hmmm... rasanya ini filem pertama yang memperlihatkan armada tentera Rom dan China bersama tentera melayu..
Untuk rating, aku letakkan 7 daripada 10 bintang.. Tahniah kepada penerbit! Perbanyakkan filem2 seperti ini dimasa hadapan... ;-)






p/s: pasni tengok kunfu panda 2 lak hehe~

Khamis, 3 Mac 2011

Serius Aku Benci Dengan Polis Dunia!



Kita sedia maklum dengan kata-kata Prof Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenai krisis yang berlaku di Libya serta fatwa yang dikeluarkan beliau








"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gadhafi dibunuh! Barangsiapa samada pegawai tentera atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mampu untuk membunuhnya, maka jangan teragak-agak untuk membunuhnya! Ianya semata-mata untuk menyelamatkan rakyat dari kejahatan dan kezaliman lelaki gila ini!"

Bergegar dunia Islam dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh..


Lalu dijawab oleh sang pemerintah








"Aku tidak akan tunduk atas desakan ini. Aku tidak akan berundur dari tanah ini dan akan mati sebagai seorang SYAHID!"



Terpinga-pinga aq... Dalam peperangan ini. Apa mungkin seorang yang darahnya dihalalkan bisa mati syahid?



Libya.. Negara di utara Afrika yang kaya dengan emas hitam. Sudah lama diperhatikan oleh Sang Polis Dunia. Sang Polis Dunia yang berlagak hebat bagaikan tiada yang mampu menyaingi kekuatan yang dimilikinya khabarnya telah menggerakkan angkatannya untuk menghampiri perairan Libya. Pembantaian rakyat di Benghazi serta Tripoli dijadikan alasan. Walhal emas hitam dijadikan sasaran. 1 lagi negara Islam akan tumbang. Segalanya berlaku kerana kelemahan kita sendiri..




Semoga Allah beri kekuatan kepada rakyat Libya untuk menghadapi suasan genting ini. MATILAH GADHAFI! HANCUR AMERIKA!

Ahad, 13 Februari 2011

Imam Muda Qaryah (IMQ)~ Menarik!!


2nd update untuk tahun nie..
waaa.. xtaula nape tahun nie rasa slow jer nak update blog.. padahal banyak jer cter yg nak dikongsi.. hmm.. xpela... mane yg mampu jer

berkaitan dengan tajuk diatas.. ramai yg terkejut dengar aq join Imam Muda, dengan mak pun terkejut gak..

"Imam muda yg masuk tv tu ker?!"

hahahaha... xla... ianya lebih kurang macam Imam Muda Astro tu la jugak.. tp xmasuk Astro la.. juz masuk tv AlHijrah jer huhu..
aq dengan geng serumah (Aiman, Amar n Ridhwan) dapat tawaran daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk menyertai program nie..



JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
FEDERAL TERRITORY ISLAMIC AFFAIRS DIPARTMENT
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur




Iskandar Zulqarnain Zaheruddin
Lot 965, Parit 6 6/r, Pekan Rabu,
36600 Chenderon Balai,
Teluk Intan, Perak


Tuan,

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM IMAM MUDA QARYAH (IMQ)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
akan mengadakan Program Imam Muda Qaryah (IMQ) bagi melahirkan pelapis generasi muda yang mampu menjadi imam yang berkelayakan dan berkebolehan.

3. Sehubungan dengan itu, tuan adalah ditawarkan bagi mengikuti program tersebut dan diminta untuk menghadiri sesi pendaftaran dan taklimat pada tarikh, masa, dan tempat seperti berikut;

Tarikh : 13 Februari 2011 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana Kuala Lumpur

Kerjasama dan perhatian tuan dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Sekian, wassalam.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"




..............................................................
(WAN JAAFAR BIN WAN AHMAD)
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Kariah
b.p Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


hehe.. sajer nak letak contoh surat yg aq dapat minggu lepas.. taklimatnye pagi td dan aq dah jelas mengenai perjalanan program nie.. hmm.. xsilap aq sesiapa yg berminat, anda masih boleh mendaftar di Pusat Islam (xsilap ar).. Jadi jangan lepaskan peluang berharga nie..


SYARAT2 PENYERTAAN :
•TERBUKA KEPADA WARGA KARIAH MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA BERUMUR 18 HINGGA 40 TAHUN.
•TIDAK TERLIBAT DALAM KES2 PENYALAHGUNAAN DADAH
•TIDAK DISABITKAN DENGAN MANA2 KES JENAYAH DI MAHKAMAH SYARIAH ATAU MAHKAMAH SIVIL.
•PENYERTAAN HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEN. PENGARAH KANAN (PENYELARAS PUSAT PENTADBIRAN ZON) KAWASAN KARIAH MASING2. PENGESAHAN PALSU AKAN MENGAKIBATKAN PENYERTAAN PESERTA DITOLAK SECARA AUTOMATIK.
•PESERTA YANG BERMASTAUTIN DI PUTRAJAYA BOLEH MENDAPATKAN PENGESAHAN DARI PEN. PENGARAH, BAHAGIAN PENGURUSAN KARIAH, CAWANGAN PUTRAJAYA.
•TARIKH TUTUP : 1 JANUARI 2011
•UNTUK MENDAPATKAN BORANG PENYERTAAN DAN MAKLUMAT LANJUT, SILA BERHUBUNG DENGAN IMAM DI MASJID KARIAH MASING2.
•HADIAH :
–PEMENANG TEMPAT PERTAMA :
•WANG TUNAI RM 20,000.00
•PAKEJ UMRAH
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN
–PEMENANG TEMPAT KEDUA :
•WANG TUNAI RM 15,000.00
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN

–HADIAH TEMPAT KETIGA :
•WANG TUNAI RM 10,000.00
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN

–HADIAH SAGUHATI :
•WANG TUNAI RM 1,000.00
•HADIAH IRINGAN
•SIJIL PENYERTAAN
–SETIAP PESERTA AKAN MENDAPAT SIJIL PENYERTAAN

k la... itu jer wat masa nie.. ;-)

Jumaat, 21 Januari 2011

Bi Taufiq wan Najah fil Imtihan..

Lama dah x update blog nie..
Kesibukkan dunia buatku terlupa sesetengah perkara. Ini post pertama di tahun 2011. Ada gak kesempatan nak post huhu~. Di kesempatan ini saya memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kelemahan diri ini. Saya akan menghadapi mid term (mid term jer) jadi saya memohon doa dari semua teman2 agar Allah permudahkan segala urusan saya dalam menjawab soalan2 nanti.

"Rabbuna yassir wa la tu'assir"

[Allahumma najihna fi hazal imtihan wa fi dunia wal akhirah]



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...